Jumat, 25 September 2009

THAGUT..............???????????

Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada thagut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah ayat 256)

Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thagut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu , kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (An Nisa' ayat 76)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah sahaja (dengan beribadah hanya kepadanya; menerima Allah sebagai penentu dan penggubal perlembagaan dan undang-undang untuk diri dan negara; dan memberikan cinta sepenuh hati kepada Allah sahaja), dan jauhilah thagut itu"... (An Nahl ayat 36)

Dan orang-orang yang menjauhi thagut (iaitu) tidak menyembahnya (secara fizikal seperti sujud kepadanya, mempercayai kata-katanya, menerima undang-undang daripadanya, dan sebagainya) dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba Ku. (Az Zumar ayat 17)

Ayat-ayat Al quran diatas menjelaskan kepada kita bahawa kita harus mengingkari atau membangkang terhadap thagut, menjauhi thagut dan memerangi thagut. Jadi kita harus melakukannya berdasarkan perintah Al Quran melalui As Sunnah Nabi Muhammad (saw) iaitu dengan cara iman, hijrah, i'dat (mempersiapkan jemaah untuk jihad) dan jihad.

Tapi... Siapakah 'thagut' ? Tentu kita tidak dapat mengingkari dan membangkang terhadapnya, menjauhinya dan memeranginya sekiranya kita tidak mengenalinya secara dekat dan terperinci. Secara umumnya thagut ialah syaitan dan apa sahaja yang disembah ( diibadahi atau diambil hukum/ peraturan/ perlembagaan daripadanya atau diberi kecintaan kepadanya) selain daripada Allah.

Menurut Shaykh Ul Islam Muhammad bin Abdul Wahhab di dalam ‘Majmua’at Rasa’il’nya, thagut terbahagi kepada 5 iaitu:

1. Syaitan

[Bukankah aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu - Yaasin ayat 60]

2. Pemimpin zalim yang meminda hukum Allah

[Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman (mengaku dirinya Muslim) kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thagut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thagut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-juhnya - An Nisa ayat 60]

3. Mereka yang berhukum dengan hukum (peraturan/ undang-undang/ perlembagaan) yang lain daripada apa yang telah diperturunkan oleh Allah.

[...Barangsiapa yang tidak memutuskan (peraturan/ hukum/ perlembagaan) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir - Al Maidah ayat 44]

4. Mereka yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib selain Allah.

[(Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang di redai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya - Al Jinn ayat 26-27]

5. Segala sesuatu yang disembah selain Allah dan yang disembah itu reda dengan peribadahan itu.

[Dan barangsiapa di antara mereka mengatakan: "Sesungguhnya aku adalah tuhan selain daripada Allah", maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim - Al Anbiya’ ayat 29]

Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk mengingkari/ membangkang terhadap thagut, menjauhi thagut dan memerangi thagut. Setelah itu barulah kita telah beriman dan mentauhidkan Allah semata-mata. Insyaallah nanti pasti kita akan diberi kegembiraan berupa kenikmatan yang kekal abadi di syurga kelak.

Dan orang-orang yang menjauhi thagut (iaitu) tidak menyembahnya (seperti sujud kepadanya, mempercayai kata-katanya, menerima undang-undang daripadanya, dan sebagainya) dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba Ku. (Az Zumar ayat 17)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar